Panorama Sekolah yang Indah

Melihat sesuatu yang indah dapat menenangkan hati, apatah lagi ia berkaitan diri kita sendiri.

Pemandangan Sekolah Dari Belakang

Walaupun pemandangan itu hanyalah sebuah bangunan. Namun ia sungguh memberi erti apabila kita pernah berada di sana.

Sekolah Ini Sekolah Kita.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat belajar.

Sekolah Kita

SMUA Nurul Huda, Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan.

Page Rasmi SMUANHBY

Page ini mengandungi aktiviti dan maklumat sekolah.

7 May 2014

Sejarah Sekolah SMU (Arab) Nurul Huda, Bukit Yong


           Seandainya ditelusuri sejarah pendidikan negara pada dekad awal penjajahan British, kebanyakan masyarakat Islam mendapatkan pendidikan secara tidak formal di madrasah-madrasah yang ditubuhkan oleh ulama-ulama terkenal ketika itu. Fenomena ini sememangnya sudah lama diterima oleh masyarakat di Semenanjung Malaysia semenjak Syiar Islam mula bertapak di rantau ini.
            Bagi memenuhi tuntutan agama agar setiap umatnya menuntut ilmu maka lahirlah Sekolah Menengah Ugama (Arab) Nurul Huda, Bukit Yong 1940, selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK) pada 12 mei tahun yang sama, Pelajaran-pelajaran yang diajar di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Nurul Huda, Bukit Yong ialah pelajaran-pelajaran agama seperti tauhid, fiqh, hadis, nahu, saraf dan lain-lain.

             Menjelang tahun 1956, tanpa pertambahan prasarana dan jumlah pelajar yang ramai, madrasah ini mula mengubah kurikulum mengikut kehendak sistem pendidikan yang diamalkan oleh sekolah-sekolah Arab negeri Kelantan. Bermula dengan perubahan kurikulum itulah, pada tahun Sekolah Menengah Ugama (Arab) Nurul Huda, Bukit Yong 1969 dengan rasminya didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Agama negeri Kelantan di Jabatan Agama Kelantan. Madrasah ini didaftarkan di bawah Yayaysan Islam Kelantan (YIK) untuk mengiktiraf kewujudannya sebagai institusi pendidikan yang sah.

             Walaupun demikian sehingga tahun 1985, pengurusan dan pentadbiran  Sekolah Menengah Ugama (Arab) Nurul Huda, Bukit Yong ini masih di tahap yang lama. Keadaan ini sebenarnya memberikan satu impak yang sangat berkesan dalam menentukan arah dan masa depan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Nurul Huda, Bukit Yong.

             Sesungguhnya sebagai sebuah sekolah agama yang sangat dikagumi dan dihormati pada suatu ketika dahulu (khususnya dalam tahun 1950an), kesinambungan peranan madrasah ini dalam pendidikan Islam di tanah air memerlukan suatu jalan penyelesaian yang sangat teliti.

24 April 2014

Pertandingan Kalam Jamaie Zon 5 1435H/2014M



Majlis pertandingan Kalam Jamaie bagi Zon 5 telah diadakan pada 24 April 2014 (Khamis) bertempat di SMU (A) Nurul Huda selaku tuan rumah. Pertandingan ini telah disertai oleh 12 buah sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan bagi Zon 5. 

Pertandingan ini telah dijayakan bersama warga NHBY 2014. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah bersama menjayakan majlis ini.